Kisah Lucu
Jul 9, 2010 | 0 comments
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Seorang pemuda yang baru pulang dari bandar ingin menipu orang kampungnya bahawa dia adalah seorang juruterbang.

Suatu hari, dia bertemu dengan seorang lelaki tua yang ingin tahu tentang kapal terbang.

Lelaki tua itu berkata : "Nak, tolong ceritakan apa kapal terbang Boeing itu. Atuk dengar kapal terbang itu ada macam-macam namanya. Boeing 747, 737, 707... Apa benda tu?"

Pemuda itu tersentak lalu mencari akal supaya tembelangnya tidak pecah dan lantas berkata : "Ah, mudah saja tu Atuk. Angka di tengah tu menunjukkan enjinnya. Maknanya Boeing 747 ada empat enjin. Manakala, Boeing 737 pula ada tiga enjinlah," kata pemuda itu dengan megah kerana dapat mencari jawapan yang meyakinkan.

Lelaki tua itu termenung lama lalu berkata : "Kalau begitu Nak, kapal terbang baru Boeing 777 tu ada tujuh enjinlah ya?"

Pemuda itu menggelabah tetapi tetap mempertahankan jawapannya dan berkata : "Yalah Atuk.. Boeing 777 tu memang ada tujuh enjin."

Tiba-tiba lelaki tua itu berkata : "Jadi Boeing 707 tu tak ada enjinlah."

Wajah pemuda itu tiba-tiba merah padam dan terpaksa berkata : "Betullah tu Boeing 707 tak ada enjin."

Lelaki tua itu ketawa berdekah-dekah kerana telah mengetahui muslihat pemuda itu.

Moral : Orang yang suka menipu akan mendapat padahnya.

Labels:


NEW
OLD