Terima Kasih Ummi & Abi..!
Jul 2, 2010 | 0 comments
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Petang Isnin (28 Jun 2010) hari tu, Ummi buat surprise untuk Amirah dan adik-adik. Kali ni hadiah special Ummi kata sebab Amirah dan adik-adik nak sangat benda tu sejak dari dulu. Setelah puas Ummi pujuk Abi, akhirnya Abi pun setuju nak belikan barang tu untuk kitorang. Hadiah ni pun untuk OTI2 jugak. Jeng, jeng, jeng!

Rupa-rupanya Ummi & Abi belikan barbie untuk kitorang! Amirah dapat 2 barbie. Aisyah dan Atiqah dapat seorang satu.

Barbie Amirah yang berambut lurus dan panjang ni dinamakan Rapunzel macam dalam cerita Barbie as Rapunzel tu. Hobi dia menyanyi dan melalak dalam rumah sampai rumah nak pecah dengan suara dia.

Barbie ni pulak berambut macam maggie kat hujungnya. Amirah namakan dia Mariposa. Dia suka memasak dan membaca macam Amirah =D Watak Mariposa dalam cerita tu kan suka membaca, betul tak?

Inilah dia barbie kepunyaan Aisyah. Barbie ni diberi nama Elina. Dia suka sangat menari sehinggakan baju dia terkoyak sebab menari sampai tak ingat dunia.

Brietta, barbie yang dimiliki oleh Atiqah. Barbie ni selalu curi kasut Rapunzel dan Mariposa. Dia lebih rapat dengan Rapunzel tapi hobi dia macam Mariposa, membaca.

Ummi tak benarkan barbie ni free hair aja. jadi, Ummi pun buatkanlah tudung untuk barbie kitorang menggunakan kain reja. Lebih comel bila dia pakai tudung!

Still nampak rambut. Tapi jangan risau sebab Ummi kata nak buat anak tudung untuk diorang.

Ustazah Rapunzel. Haha.. Cute!! Warna tudung sesuai dengan warna baju.

Uiks! Tudung apa labuh sangat ni? Ini bukan tudunglah kawan-kawan, ini kain sembahyang! Hehe.. Solatkan tergolong dalam Rukun Islam, mana boleh ditinggalkan.

Ingat tu kawan-kawan, jangan lupa tutup aurat! Ummi Amirah buat semua ni bukan apa, bimbang 3 dara dia ni terpengaruh pulak free hair macam barbie ni, budak-budakkan memang senang terpengaruh dengan semua benda yang dilihat.

Sebagai contoh, rancangan televisyen. Disebabkan itulah, Ummi & Abi langgan siaran Astro fun & learning aja. "Tom Tom Bak" pun Ummi tak benarkan kitorang tengok. Dah lah tu, nanti kawan-kawan merungut pulak Amirah membebel kat sini. Hi, hi.. Sorry kalau kawan-kawan kecik hati dengan nasihat@bebelan Amirah tu ya..

Labels:


NEW
OLD