Tips Cemerlang Peperiksaan
Dec 17, 2011 | 0 comments
Assalamualaikum


Mmiflower : mira boleh tolong bagi tips .. cara berjaya dpt 5A ****oh sebelum UPSR APA yg amirah selalu lakukan samapi boleh dpt 5A

Amirah bukanlah siapa-siapa untuk mengatakan yang Amirah ni hebat. Tapi post ni hanya untuk perkongsian perkara-perkara yang Amirah lakukan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan. Semoga bermanfaat !

Sebelum peperiksaan

 Perbanyakkan latih tubi topik-topik yang masih tidak difahami.
 Sering bertanya sekiranya ada sebarang masalah dalam pembelajaran.
 Belajar berkumpulan supaya dapat berkongsi ilmu. Eg : Formula / fakta.
 Jangan kedekut ilmu dengan rakan-rakan.
 Selalu mengingati dan melakukan apa yang disuruh olehNya.
 Menghormati dan taat kepada semua orang terutamanya ibu bapa dan guru-guru.
 Memohon maaf kepada semua orang terutamanya ibu bapa dan guru-guru sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan sama ada kita sedar atau tidak.

Semasa peperiksaan

 Bertawakkal kepada Allah SWT.
 Menjawab soalan dengan tenang dan jangan terlalu gopoh.
 Berwaspada dengan soalan-soalan yang agak tricky.
 Menjawab soalan-soalan yang senang terlebih dahulu.
 Tandakan mana-mana soalan yang ditinggalkan, bimbang sekiranya terlepas pandang.
 Periksa semula jawapan anda dengan teliti setelah selesai menjawab soalan.

Selepas peperiksaan

 Jangan berbincang jawapan dengan rakan anda, bimbang sekiranya anda menjadi lemah semangat setelah mengetahui jawapan anda salah.
 Berserah kepada Allah SWT untuk menentukan keputusan yang terbaik buat anda.
 Sentiasa berdoa dan membuat solat Hajar agar diberi ketenangan untuk menerima sebarang keputusan.

Pesanan :

Jangan lupa baca doa sebelum membuat sesuatu perkara. Dan perkara-perkara baik ini jangan hanya dilakukan kerana peperiksaan, tetapi lakukanlah berterusan. Jangan menyalahkan sesiapa sekiranya anda gagal beroleh kejayaan. Ingat firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

Cukup setakat ini. Amirah minta maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan. Yang baik datang dari Allah SWT, dan yang buruk datang dari diri Amirah sendiri. Semua yang terdapat di atas adalah dari akal fikiran Amirah yang telah dianugerahkan olehNya. Harap dapat membantu sedikit sebanyak buat semua yang diluar sana. Percayalah kepadaNya, Dia tidak akan sekali-kali menimpakan dugaan kepada hambaNya sekiranya mereka tidak dapat menghadapinya.

Labels: ,


NEW
OLD