Pertandingan Berpuisi dan Syarahan
Jun 2, 2010 | 0 comments
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Semalam ada pertandingan berpuisi dan syarahan. Amirah tak join sekali sebab tak berani nak public speaking. Boleh luruh jantung Amirah kalau berdiri kat depan sorang-sorang. Kalau bernasyid ramai-ramai tu okeylah, tak takut sangat.

Peserta pertandingan ni ada 10 orang. Seorang darjah tiga, tiga orang darjah empat, dua orang darjah lima dan empat orang darjah enam. Dua orang darjah enam tu berduet pantun.

Ustazah Amirah kata siapa yang bising kena buat persembahan walaupun dia tak masuk bertanding dan belum buat persiapan. Amirah pun duduklah diam-diam. Nanti kena panggil buat persembahan baru padan muka. Tapi tiba-tiba, semua pelajar Persatuan Bahasa Arab tahap 2 dipanggil sebab kena buat persembahan. Amirah sendiri tak tahu kenapa dan mengapa. Mungkin budak-budak lelaki PBA yang bising. Hmm.. Apa nak buat. Terpaksalah buat persembahan. Ops.. Terlupa beritahu, PBA tu persatuan Amirah.

Err.. Dah tak ada apa nak diceritakan dah. Cukuplah tu.. Wassalam.

Labels:


NEW
OLD