Kempen Kitar Semula
Jun 1, 2010 | 0 comments
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kawan-kawan ingat lagi post Amirah semalam? Hari ni ada Kempen Kitar Semula kan? Cikgu Amirah suruh bawa barang-barang ni : surat khabar, botol air, kotak, kayu rotan, gunting, gam, magic pen atau pensel warna dan water colour. Barang-barang yang Amirah tak ada tu Amirah gantikan dengan barang lainlah.. Hehheh..

Pada asalnya Amirah ingatkan cikgu nak ajar buat sesuatu menggunakan barang-barang tu. Tapi tengok-tengok, cikgu kata suka hati nak buat apa dengan 9 barang tadi. Amirah potong dua botol air Amirah dan ambil salah satu bahagian untuk dibuat tempat letak stationery. Amirah cat warna hijau botol air tu. Tapi malang tak berbau, botol air Amirah dah dibuang selepas Amirah pergi basuh berus cat Amirah sekejap. Huhu.. Paling menyedihkan, best friend Amirah sendiri ambil dan masukkan botol air tu dalam karung plastik hitam.

Hmm.. Apa nak buat, hodoh sangat Amirah cat sampai dia ingat Amirah dah tak nak botol air tu. Amirah tak marah dia sebab buang botol air tu, nanti kecil hati pulak dia. Tak apalah, kat rumah banyak lagi tempat letak stationery, berbillion-billion! Heh, tipu je.

Pentingnya Sarapan Pagi

Huh.. Dahlah botol air kena buang! Sakit perut pula datang menendang-nendang! Apa taknya, sebelum pergi sekolah tak sempat nak breakfast, kat sekolah cikgu panggil jadi tak dapat makan semasa rehat pagi. Terpaksalah tunggu sampai waktu makan tengahari. Selepas melahap makanan tengahari berlaukkan ayam bersayurkan kacang panjang, perut makin enjoy main bola sepak. Bolanya apa lagi kalau bukan perut Amirah!

Punyalah seksa nak solat Zohor. Susah nak berdiri tegak! Mana boleh solat terbongkok macam nenek! Apakan daya Amirah.. Salah Amirah sendirilah tak ambil sarapan pagi. Lepas ni dah tak nak tinggal breakfast. Serik.. Serik..! Malang sungguh nasib Amirah hari ini. Isk.. Isk..

Labels:


NEW
OLD