Ujibakat Nasyid
Jun 3, 2010 | 0 comments
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Amirah minta maaf sebab tak beritahu kawan-kawan hari ni ada program seperti yang tertera pada tajuk tu. Cikgu baru beritahu murid-murid hari ni. Jadi, hari ni lah baru tahu yang akan diadakan ujibakat nasyid.

Ujibakat ni hanya untuk pelajar tahun 3, 4 dan 5. Amirah terpaksa mencuba nasib jugak sebab dipaksa kawan-kawan Amirah. Ujibakat ni ada dua saringan. Amirah seperti biasa, terketar-ketarlah semasa nak diujibakat tu. Tapi Alhamdulillah, Amirah terpilih untuk join kumpulan nasyid SRIP Tahfiz. Diantara peserta lain yang terpilih : Syarifah Anisah, Nur Alya Izzati, Nurul Wajihah dan Nurul Iman.

Menurut cikgu, kumpulan nasyid ni akan bertanding sekiranya ada pertandingan nasyid di sekolah-sekolah lain. Setakat itu sahaja.. Sebelum Amirah tutup komputer, Amirah nak ucapkan selamat bercuti buat semua kawan-kawan Amirah yang kiut lagi miut!

Balik kampung melawat saudara,
Solat fardhu jangan dilupa,
Selamat bercuti kepada semua,
Moga bergembira sepanjang masa.

Labels:


NEW
OLD