Kawan-kawan nak tahu cerita seterusnya selepas Amirah pergi ke Bukit Gambang Water Park tu? Kami keluar sebelum BGWP tutup. Kemudian, Abi terus pecut ke Felda Palong, Negeri Sembilan untuk bermalam di situ. Kawan-kawan kena baca blog Aisyah kalau nak tahu cerita kat sana, ok?
Sabtu, 13 Mac 2010
Selepas bersarapan, kami bertolak dari Negeri Sembilan ke Johor. Emm.. Amirah tak tahulah pulak berapa jam untuk ke sana sebab Amirah asyik tertidur. Lagipun, Amirah tak pakai jam tangan. Nak tanya Abi, takut Abi marah pulak sebab Abi kan sedang memandu, kena fokus. Atiqah, Aisyah dan Ummi pun tak pakai jam tangan jugak.
Destinasi kami yang ketiga adalah rumah Ayah Han, abang Abi. Nama sebenarnya Abdulhan bin Yusof. Beliau tinggal di Kg. Sri Gunung Pulai, juga setiausaha di kampung itu. Pada asalnya, Abi rancang nak pergi kat air terjun yang juga terletak di kampung itu. Tapi, ia sudah ditutup atas arahan pihak apa nama entah. Ianya ditutup semenjak kejadian tanah runtuh di situ 4 tahun yang lalu. Dah lama rupanya!
So, kitorang pun batalkan rancangan dan terus ke rumah Ayah Han. Kami berhenti sebentar untuk menunaikan solat. Solat tidak boleh ditinggalkan walau dimana kita berada. Betul tak?
Amirah dan adik-adik monyok habis muka bila dapat tahu tak boleh main air kat air terjun tu.Setelah itu, kami pun bertolak ke rumah Ayah Kahar, abang Abi yang pertama. Namanya adalah Abdul Kahar bin Yusof. Rumahnya terletak di Kg. Parit Basilam, Pontian, Johor. Best tidur kat rumah dia sebab waktu malam cuacanya sejuk :D
Atiqah, senyumlah sikit.. Masam semacam je. Hehe.. Sebenarnya Amirah bertengkar dengan Atiqah sebelum Ummi ambil gambar ni sebab berebut nak berdiri depan sekali. Akhirnya, Amirah jugak yang dapat. Amirah memang macam ni, tak nak mengalah sekalipun dengan adik.
Huhu.. Terpaksa berikan tempat hadapan untuk Atiqah, nanti menangis pulak dia. Susah nak pujuk budak seorang ni kalau dah menangis. Kalau buat lawak macam Apek tu pun takkan berhenti menangis punya!
Abi dan Ayah Kahar (baju jubah). Seronok betul berbual. Maklumlah, dah 5 tahun tak balik Johor. Lepas ni entah bila pulak akan berjumpa.
Menunggu makanan dihidangkan. Perut ni dah mula menari dangdut. Tapi yang peliknya bukan nyanyi karaoke tapi nyanyi lagu nasyid. Haha..
Alang-alang dah lapar ni, hentam habislah makanan yang terhidang! Bukan selalu dapat makan makanan special macam ni. Yummy..
"Jemputlah makan.. Special isteri saya buatkan." Memang sedap masakan Mak Cik Pah, isteri Ayah Kahar. Kalau buka restoran pukul 3 pagi pun mesti dah penuh restoran tu.
Bergambar bersama keluarga Ayah Kahar sebelum pulang. Gambar ni tak cukup ahli sebab 3 orang lagi anak Ayah Kahar tak ada kat rumah.
Amirah nak cerita sikit je tentang percutian kali ni sebab Aisyah kata dia nak cerita pulak. Lagipun, blog dia tak ada posting lain. Idea tak datang-datang. Okey, kakak bagi chance kat adik. Tapi lain kali no way! Hehheh..

★ In short, I am :
• A malay muslim.
• Lives in Terengganu, studies in Selangor.
★ Bloggie :
• Created since 24 November 2009, five days after celebrating my 10th birthday.
• Created by Ummi because I was interested in blogging when I saw she's updating her blog.
• Sesuci Kejora has been here for almost 11 years. Big applause :')