Hari Terakhir Percutian
Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhHari ni Amirah terpaksa cerita semula tentang percutian Amirah walaupun dah seminggu berlalu sebab Aisyah buat
post lambat sangat. Jadi, Ummi pun suruh Amirah yang buat sendiri kisah percutian Amirah selama tiga hari ni.
Ahad, 14 Mac 2010
Kami meneruskan perjalanan dari Pontian ke Johor Bahru untuk ke rumah Ayah Kamil, abang abi yang ke-5. Nama beliau ialah Kamilan bin Yusof. Rumahnya terletak di Taman Pulai Indah. Agak susah untuk mencari rumah Ayah Kamil kerana rumahnya berada di kawasan perumahan.
Kedatangan kami disambut baik oleh keluarga Ayah Kamil. Beliau mempuyai 2 orang anak perempuan. Memandangkan hari dah pun tengah hari, kami dijemput untuk
lunch kat situ aja. Pelbagai makanan dihidangkan. Semuanya
best-best.
Khusyuk betul Atiqah menjamu selera. Sampai tertunduk-tunduk habis muka dia.
Bergambar selepas selesai makan tengah hari. Yang pakai baju biru tu Ayah Kamil. Yang badan dia lentok habis tu pulak Amirah. Hehheh..
Lepas pergi rumah Ayah Kamil, kitorang bertolak ke Taman Daya, rumah Ayah Karim. Beliau merupakan abang Abi yang ke-2. Ermm.. Amirah dah tak tahu nak cerita apa lagi pasal Ayah Karim. Kawan-kawan tengok aja lah gambar kat bawah tu, ya.
Yang sebelah kiri ni keluarga Ayah Karim. Semuanya pakai kaca mata. Yang tak pakai kaca mata tu pulak tahu-tahu sendirilah keluarga siapa, okey?
"Eh, kenapa Amirah tunjuk gambar sama aja?" Gambar kedua ni tak sama. Ada seorang yang hilang, ada seorang lagi yang muncul. Haha..
Setelah menunaikan solat jamak qasar Zohor dan Asar di rumah Ayah Karim, kami ke rumah Mak Cik Rozita pula. Mak Cik Ita kakak Abi yang terakhir (ke-4). Kitorang tak ingat nak ambil gambar keluarga Mak Cik Ita. Huhu.. Habis Amirah kena marah oleh Ummi sebab tak tolong peringatkan. Sob.. Sob.. Tapi, ustaz kat sekolah Amirah kata kan manusia ni memang pelupa. Samalah macam Amirah. Kihkihkih...
Tinggal tiga buah lagi rumah adik beradik Abi yang belum dikunjungi kat Johor ni. Seorang tu rumah dia jauh sangat. Seorang lagi kakak Abi pergi KL. Jadi, kami kena pergi sebuah rumah lah lagi. Memandangkan hari sudah menjelang malam, Abi mengambil keputusan untuk menginap di rumah Mak Cik Mainah (kakak Abi juga). Mak Cik Inah tinggal di Tanjung Puteri, Pasir Gudang, Johor Bahru.
Tudung hitam dan baju putih tu Mak Cik Inah. Dia ni tukang masak di sebuah
resort.
Gambar terakhir percutian di rumah saudara-saudara kandung Abi.
Sebenarnya, dah 5 tahun Abi tak balik Johor, tempat lahir Abi. Sejak Amirah berumur 6 tahun sehingga Amirah menjangkau usia 11 tahun. Sejak Aisyah berumur 3 tahun sehingga 8 tahun. Sejak Atiqah berusia 1 tahun sehingga 6 tahun. Hehe.. Amirah ni suka sangat ulang-ulang ayat sama.
Labels: Percutian

Profile
The Girl Behind The Laptop
★ In short, I am :
• A malay muslim.
• Lives in Terengganu, studies in Selangor.
★ Bloggie :
• Created since 24 November 2009, five days after celebrating my 10th birthday.
• Created by
Ummi because I was interested in blogging when I saw she's updating her blog.
• Sesuci Kejora has been here for almost 11 years. Big applause :')