Selamat Hari Jadi, Abi !
Jan 2, 2010 | 0 comments
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Happy birthday, Abi..! Hari ini adalah hari lahir Abi yang ke-40. Walaupun umur dah tua tapi Abi nampak hensem lagi kan? Sebab itulah Ummi sayang sangat kat Abi. Hehe.. Ummi dah bagi hadiah kat Abi awal-awal lagi, sebelum hari lahir Abi. Amirah dan adik-adik Amirah pula bagi hadiah kat Abi selepas Abi balik dari masjid (selepas solat Subuh). Abi bukan main gembira lagi dapat hadiah-hadiah tu. "Abi ingatkan semua orang dah tak ingat hari jadi Abi. Rupanya-rupanya semua ingat," kata Abi lepas dapat hadiah yang bertimbun tu.

Amirah dan adik-adik doakan moga Abi panjang umur, diredhai dan dilimpahi rahmat oleh Allah. Okeylah. Sampai di situ saja. Selamat Kembali Ke Sekolah! Sesiapa yang akan menduduki UPSR, PMR, SPM dan lain-lain lagi tahun ini, Good Luck and Do Your Best ♥. Buat kawan-kawan yang sebaya dengan Amirah atau yang lebih muda, mulakan azam baru, jangan nakal-nakal tau.

Labels:


NEW
OLD