Malam Yang Ngeri
Dec 30, 2009 | 2 comments
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Malam itu Amirah tunggu Ummi dan Abi balik dari kerja. Selepas makan, Amirah naik ke tingkat atas untuk mengambil wuduk sebelum tidur. Tiba-tiba, Amirah ternampak satu benda bergerak-gerak di dalam tandas.:face73: Amirah pun terus berlari keluar dari tandas mengalahkan larian Usain Bolt. "Ada lipas dalam tandas:q::q:" Amirah menekup muka dengan bantal. Badan Amirah sudah seram sejuk. Amirah ni memang jenis penakut. Cicak, tikus, sampaikan gambar lipas pun Amirah takut.

Abi mengambil Ridsect dan menyembur lipas tu. Lalu Abi membuangnya di dalam mangkuk tandas. "Lipas kecil cam tu pun nak takut," sindir Abi. Amirah pun pergi ke tandas semula dan lembaga yang menyeramkan itu datang lagi! Apa lagi, terus lari lintang-pukanglah dibuatnya. Ummi dan Abi Pelik bin Aneh bin Ajaib. Macam mana lipas tu boleh ada lagi? Mungkin lipas tu dah belajar memanjat sebelum datang ke tandas. Lepas Abi buang lipas tu, Amirah ketakutan dan tidak mahu masuk tandas. Ummi yang dah mengantuk pun cepat-cepat masuk ke tandas. Tapi sempat lagi tanya, "Abi dah Ridsect baik-baik lipas itu?" Hihi.. Takut jugak Ummi rupanya..

Selepas Ummi keluar dari tandas... "Tak ada apa-apa ke Ummi?" Amirah bertanya bagi memastikan haiwan itu tidak muncul lagi. "Dah tak ada."Humph, dah trauma degan lipas sekarang. Semut yang ada di dalam tandas pun Amirah ingat lipas.:face63: Teruk betul. Kawan-kawan jangan ikut perangai Amirah tau. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Bye..

Labels:


NEW
OLD