Kem Pengawas & Qiamullail
Jan 16, 2010 | 1 comments
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Khamis 14 Jan 2010 hari tu, Amirah telah menghadiri Kem Pengawas di Taman Awam Lagun Kuala Ibai dan Qiamullail utk tahap 2 di Tispin (Tadika Islam Pintar - Sekolah Atiqah). Kem Pengawas ini dibuat untuk pengawas sekolah SRIP Tahfiz. Ia bermula pada pukul 8:30 pagi hingga pukul 4:00 petang. Amirah dan pengawas-pengawas sekolah yang lain bertolak lewat sikit. Di sana, pengawas dilatih untuk berucap di hadapan pengawas lain yang seramai 25 orang (termasuk Amirah). Selepas solat Zohor di masjid, cikgu buat praktikal menjaga barisan semasa perhimpunan. Kat situ ada jual rantai kunci. Cantik-cantik belaka. Sayangnya, Amirah tak bawa duit. Jadi, tak bolehlah nak shopping sikit. Hehe..

Pukul 3 lebih nak dekat-dekat pukul 4, Amirah pun bertolak ke sekolah semula untuk mengambil beg pakaian (nak qiamullail kat Tispin). Pengawas lebih awal ke Tispin daripada pelajar lain. Malam itu selepas solat Isyak, ada satu program yang sangat sangat sangat mendebarkan bagi Amirah. Pengawas sekolah dipanggil ke hadapan untuk berucap. Nasib baik badan Amirah kecil. Bolehlah Amirah sembunyi di belakang orang lain. Jantung Amirah dah rasa nak tercabut bila dengar cikgu sebut nama Amirah untuk tampil ke hadapan memberikan ucapan. Amirah tak biasa berdiri depan orang ramai. Amirah senyap sajalah kat depan tu. Hi, hi.. Teruk betul.

Keesokan pagi (Hari Jumaat 15 Jan 2010), Amirah bangun seawal jam 4:00 pagi. Amirah dan kawan-kawan Amirah mendirikan solat sunat Taubat, Hajat, Tahajjud dan Witir. Selesai solat Subuh, ustaz memberikan tazkirah. Ustaz pun rekakan lagu juga. Nak tahu? Ni dia :

Berkorban apa saja..
Harta ataupun nyawa..
Untuk menjadi bukti..
Kasihnya pada Islam..
Jihad fisabilillah..
Itulah tandanya..

Tajuk lagunya ialah Berkorban Apa Saja. Penyanyi asal ialah P.Ramlee. Pukul 7:30 pagi Ummi dan Abi menjemput Amirah di Tispin untuk balik ke rumah. Rugi siapa yang tak pergi qiamullail ni. Best sangat!

Labels:


NEW
OLD