Syoknya tengok lembu disembelih. Sampai 'jurugambar' merakamkan gambar mereka pun tak sedar.
Panasnya hari ini! Nasib baik panas. Kalau hujan tak bolehlah Amirah dan keluarga Amirah tengok orang menyembelih lembu.Alhamdulillah.. Kita mesti bersyukur kerana Tuhan telah memberikan kesempurnaan wajah dan tubuh badan kepada kita.Model-model kita ini dah keletihan bergambar seharian. Waktu 'rehat' sekejap saja. Nanti sambung bergambar semula.Ish.. Asyik-asyik muka ni sahaja yang keluar. Tak nak tengok tak apa. Tengok lembu yang dah kena lapah tu."Erm.. Bila orang nak siap lapah lembu ini. Atiqah dah tak sabar-sabar nak makan. Mesti sedap punya!" Bukan Atiqah seorang sahaja yang tak sabar. Kakak dan Kak Aisyah pun tak sabar juga tau. Tetapi, kita kena selalu ingat. Sabar itu sebahagian daripada iman.
Cuba kawan-kawan perhati betul-betul gambar di atas. Tulang rusuk lembu itu macam kepala ikan. Betul tak?
Hah.. Macam inilah caranya memotong daging. Potong hati-hati tau. Kalau terpotong jari habislah. Silap hari 'minggu', pengsan tengok darah.
Sambil bekerja, sambil borak. Tangan Abi tak henti-henti bergerak walaupun sedang ketawa.
Cari apa tu Atiqah, Aisyah? Cincin berlian hilang ke? Nampak macam penting.
Tolong-menolong amalan mulia. Abi pun turun padang juga untuk menolong membahagi dan menimbang daging-daging lembu.
Labels: Pengalamanku