Hari Raya Aidiladha
Nov 28, 2009 | 0 comments
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 Dzulhijjah setiap tahun. Ia bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Dzulhijjah, diikuti dengan solat sunat serta khutbah Aidiladha di pagi pertama perayaan ini disambut. Ibadah korban pula boleh dilakukan sama ada pada siang 10, 11, 12 atau 13 Dzulhijjah.

Hari raya ini ialah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan dan memenuhi perintah Allah SWT.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat. Manakala dari segi istilah ia bermakud menjalankan perintah agama atau taat kepada suruhan Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh bulan Dzulhijah, bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam. 10 Dzulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di Padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Setakat itu sahajalah yang boleh Amirah sampaikan hari ini. Semoga kawan-kawan gembira menyambut hari yang penuh dengan sejarah Islam ini. Wassalam...

Labels:


NEW
OLD