Puasa Hari 'Arafah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Esok Ummi, Abi, Amirah dan Aisyah akan berpuasa. Kawan-kawan tahu kenapa? Sebab esok adalah hari 'Arafah. Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari ke-9 Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra :
"Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim) Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:
"Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya." (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Kawan-kawan nak tak kalau dosa-dosa setahun yang lalu dan yang akan datang kita dihapuskan? Mesti kawan-kawan nak kan? Kalau macam tu, kawan-kawan pun puasalah juga esok. Tapi puasa kawan-kawan mestilah ikhlas kerana Allah SWT, bukan untuk menunjuk-nunjuk tau!
*****************************************************************************************************************
Labels: Tazkirah

Profile
The Girl Behind The Laptop
★ In short, I am :
• A malay muslim.
• Lives in Terengganu, studies in Selangor.
★ Bloggie :
• Created since 24 November 2009, five days after celebrating my 10th birthday.
• Created by
Ummi because I was interested in blogging when I saw she's updating her blog.
• Sesuci Kejora has been here for almost 11 years. Big applause :')