Sepupu Bermalam Di Rumah
Jun 17, 2010 | 0 comments
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

3 orang sepupu Amirah datang menginap di rumah Amirah semalam. Asmaa' atau Amirah panggil Kak Long, Ainun Izzati dan Afifah Irdina. Ainun ni sepupu yang paling rapat dengan Amirah walaupun dia tua setahun daripada Amirah. Maryam Sophia yang Amirah ceritakan dalam post Amirah yang lepas pun rapat dengan Amirah cuma jarang berjumpa sebab dia tinggal kat Kota Bharu, Amirah dan Ainun tinggal kat Kuala Terengganu.

Disebabkan balik lewat dari kuliah petang Rabu (semalam kan Rabu) dan hari pun dah semakin gelap, Ummi tak sempat nak ambil gambar sepupu-sepupu Amirah ni berposing kat kolam. Jadi, hari ini pagi-pagi buta lagi Ummi dah terpacak macam tiang elektrik depan kolam. Bersemangat nak ambil gambar ni..! Ummi jangan bagi buku lima Ummi kat Amirah, ya.. Ngeh, ngeh, ngeh..

Baru saja nak celup-celup kaki dalam kolam ikan yang belum ada ikan lagi, ternampaklah berbelas-belas ekor kelkatu sedang bersenang-lenang goyang kaki dalam kolam tu (dah mati sebenarnya..) Kita pun apa lagi, berang macam singa betina yang anaknya tak dengar kata! Heh, acah aja.. Ummi suruh kitorang buang kelkatu-kelkatu yang mengganggu keterujaan Amirah nak mencelup kaki bersama cousin-cousin.


Selesai aktiviti membuang kelkatu penyibuk tu, kitorang baru nak buang selipar sebab tak sabar-sabar nak celup kaki tapi Ummi nak snap gambar dulu. Ummi malas berdiri seperti tunggul kayu lama-lama kat situ, bukan ada orang ambil gambar Ummi pun, kalau ada barulah Ummi sanggup menahan sakit kaki berdiri berjam-jam kat situ. Kah, kah, kah.. Sabar Ummi, sabar separuh daripada iman.

Kak Long Asmaa' bakal dentist, Insya-Allah..

Afifah Irdina, 8 tahun macam adik Amirah.

Ainun Izzati yang pakai tudung pink tu. Eh, silap. Purple lah..

Selesai acara mencelup kaki puas-puas sampai kaki naik berkedut, kitorang pun masuk ke dapur kerana terbau hidangan masakan Ummi yang power mengalahkan masakan hotel sejuta bintang!


Habis sudah cerita Amirah.. Mata kawan-kawan pun dah nampak kuyu tu.. Tak tidur malam ke?? Ha, ha.. Gurau je.

Labels: ,


NEW
OLD