Jangan Simpan Kuku Panjang!
Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhApa pula
post yang Amirah nak buat hari ini, ya? Hmm.. Sekejap. Nak pusing-pusingkan kepala tengok sekeliling bilik
study@komputer ni, mungkin ada buku yang Amirah boleh ambil kisahnya.
Yes..! Dah jumpa pun. Bukunya sama dengan kisah Amirah dalam
post ini. Dah lama Amirah tak bercerita kan? Seingat Amirah, tahun ini Amirah tak pernah bercerita kisah-kisah teladan untuk kawan-kawan. Asyik-asyik pengalaman Amirah aja.. Heheh =P
Kuku Yang Panjang -Kusyi Hirdan-
Susah hati sungguh si kuku tangan kanan dan juga kiri. Setiap hari mereka semakin panjang. Ini semua gara-gara si Mimi yang mahu bergaya. Dalam majalah ada gambar seorang remaja berkuku panjang, jadi Mimi pun hendak jadi begitu.
"Mengapa dia biarkan kita semakin panjang?" keluh kuku yang paling kecil di tangan kiri.
"Bukankah katanya dia mahu cantik!" jawab kuku-kuku lain di tangan kanan, serentak.
"Cantik? Bagaimana boleh cantik sekiranya kuku yang panjang memudaratkan kita semua. Saya tidak sukalah jadi begini. Apabila panjang tentu saja tidak bersih," sambung si kecil lagi.
"Agaknya Mimi tidak tahu keburukan-keburukan yang ada sekiranya membiarkan kita semakin panjang," teka kuku di jari tengah. "Apa pendapat awak kuku telunjuk?"
"Betul tu. Kuku yang panjang boleh menyebabkan kuman membiak. Walaupun tangan sudah dibasuh tetapi kuman masih meyorok di bawah kita. Kuman ini pula membawa penyakit, memang sangat kotor!" jawab kuku telunjuk.
Semua kuku-kuku yang mendengar semakin gundah-gulana. Mereka tidak mahu dipandang jijik dan dituduh pengotor.
"Kita berdoalah Mimi tidak terikut-ikut budaya yang tidak elok. Moga dia sedar yang berkuku pendek lebih kemas, cantik dan bersih. Hendak berwuduk pun senang. Lagipun bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman!" suara kuku jari yang paling kecil penuh mengharap. "Oh, Mimi! Cepat-cepatlah potong kami! Sudah tidak tahan lagi dibiarkan kotor begini!"
Moral :
Jangan simpan kuku panjang. Kuku sendiri pun tak suka kita simpan dia tau!
Labels: Kisah Pedoman

Profile
The Girl Behind The Laptop
★ In short, I am :
• A malay muslim.
• Lives in Terengganu, studies in Selangor.
★ Bloggie :
• Created since 24 November 2009, five days after celebrating my 10th birthday.
• Created by
Ummi because I was interested in blogging when I saw she's updating her blog.
• Sesuci Kejora has been here for almost 11 years. Big applause :')