It's A BBQ Gathering !
Feb 1, 2014 | 2 comments
Assalamualaikum

Awkward. Awkward. Ahah, serious. Ohh I miss to dance over this keyboard. Mana taknya sehari suntuk pegang pen, pensel, pemadam, pembaris, correction tape, highlighter and whatsoever. Nak nak sekarang ni, kitorang bukan belajar pada jam 9.40 pagi sehingga 4.30 petang sahaja, kami Form 3 ada kelas tambahan setiap malam jam 9.30 malam - 10.45 malam. Yeahh first generation of PPMR lah katakann ~ Oh penat. PBS, TOV, OTI, kerja kursus, ujian bertulis, ujian lisan dan sebagainya.

"Do not give up. The beginning is always the hardest."

Yeah read it people. Husnudzon ^^ InsyaAllah walaupun kita batch first yang tak pernah ada mana-mana pelajar sebelum ni PPMR macam kita, prove that we can be better than them. Semoga kita akan menjadi pelajar lepasan sekolah menengah yang paling berkualiti dengan melepasi bukan sahaja ujian bertulis malah ujian lisan dan KBAT. Ok panjang pulak angan --'

"Reach for the moon and you will land among the stars."

Hehe... Setakat itu sahaja mukaddimah kali ini. So we gotta start :D

Semalam kan kan kan... Ummi Abi jemput para saudara mara sekalian (hahah hancur BM) untuk gathering kat rumah Amirah. Memang setiap minggu pada hari Jumaat, kitorang sedara2 yang tinggal di KT akan berkumpul. Tapi biasanya kat rumah Mak Teh, sebab datuk Amirah tinggal kat situ. But for this week kitorang buat kelainan sikit - berkumpul kat rumah Amirah for BBQ :D

Lepas solat Asar, Amirah dan Aisyah turun bawah tolong sapu-sapu halaman BBQ (she's my adik and really rajin in doing housechores-not like me-ahah, who cares). 

Kak Long :)

Wafi :) Turut sama membantu para muslimat membakar.

Umphh. Sotong kembang o.O

Antara makanan yang disediakan ^_^ Sotong bakar, Lalaland, mushroom soup & kentang berisi daging hancur dan cheese. Hoho.

She's Cik An. Fresh from Jordan (JUST). Baru turun flight pagi semalam. Cuti 2 minggu katanya. Hoho. She's the one who made that mushroom soup - rasa yg da boom pergghhh..


Aktiviti para budak sementara tunggu makanan siap - kinetic sand :D 98% pure sand woww.

Look at that net. Terhasil daripada kekreatifan Abi :P

Ohoo.. Time ni kemain gelak-gelak. Tak lama lepas tu kaki belakang buaian ni termasuk dalam longkang akibat ayunan beramai-ramai dengan keberatan yang melampau. Huahua~

Para muslimin. Menjamu selera dengan penuh berselera di meja batu ^^

Then dah nak dekat pukul 7, keluarga Ayah Chik pun balik. Keluarga Mak Teh dan Ki balik lepas solat Maghrib kat rumah Amirah. K sekian sahaja cerita dari penglipur lara tak bertauliah. Esok Amirah akan balik asrama. Hari Khamis depan ada larian Imtiaz. Haha tak pernah menang pun, saja bagitahu~ Then minggu depan lagi sekali exam TOV. Doakan Amirah boleh jawab dengan tenang dan dapat keputusan yang cemerlang, aminn :') Last but not least :-

Labels: ,


NEW
OLD