Kisah 17 Ramadhan 40H
Aug 6, 2012 | 0 comments
Assalamualaikum

Sempena peristiwa Nuzul Quran hari ni, 17 Ramadhan 1433H, Amirah nak cerita kisah yang berlaku kepada sahabat-sahabat Nabi 1393 tahun yang lalu.

Pada hari ini merupakan rancangan Abdur Rahman Bin Muljam salah seorang Khawarij untuk membunuh Saidina Ali Karramallahu Wajhah pada 17 Ramadan 40 Hijrah.

Dikatakan pada hari ini, sebilangan Khawarij merancang untuk membunuh tiga individu penting kerana dianggap sebagai pemecah belah, termasuk Saidina Muawiyyah dan Saidina Amru Al-'Ash.

Namun rancangan mereka tidak berhasil kecuali kepada Saidina Ali. Saidina Ali dikatakan ditetak oleh si pembunuh ketika dalam perjalanan untuk menunaikan solat Subuh.

Tetakan yang bersalut racun itu mengenai kepalanya dan racun tersebut akhirnya menyebabkan beliau meninggal dunia 3 hari berikutnya.

Sumber :
Kitab “Ramadhaniyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy dan Qosim Abdullah
Cetakan Darul Tauzi’ wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir.
Sumber :  Facebook

Khawarij tu bermaksud "mereka yang keluar". Khawarij adalah kelompok Muslim yang pada mulanya menyokong Saidina Ali bin Abi Talib tetapi kemudian menolak kepimpinan Ali. Golongan ini mula terbentuk pada akhir abad ketujuh Masihi di selatan Iraq.

Kebenarannya Amirah tak pasti. Cuma nak berkongsi :) Apapun, hargailah Ramadhan yang masih berbaki.

Labels: ,


NEW
OLD