Year-End Holiday 2011 Part 4
Updated on Dec 26, 2011 at 11:09 AM ★ 2 comment[s]
Assalamualaikum ♥
Teratak Anak Papa~!

Nasib baik ada tayangan MasterChef Malaysia kat sini. Mula-mula kitaorang ingatkan dah ketinggalan.

Double triple delicious !


Jus tembikai campur susu VS Jus mangga.
Dah selesai makan, kitaorang pun balik ke hotel semula. Kembali selepas ini . . .
Ahad, 25 Disember 2011
Pukul 10.00 pagi kitaorang kemaskan barang-barang untuk check-out. Sedihnya tinggalkan hotel ni. Apa nak buat, takkanlah selama-lamanya nak tinggal kat sini. Banyaklah kau punya duit.

Check-out time T^T



Senyuman dalam kesedihan.
Kitaorang pergi sarapan dulu sebelum shopping (lagi?) kat Billion. Hehe.. Sarapan kat Lontong Cafe sebelah bangunan Billion tu.

Sedap nasi lemak dia buat. Aisyah & Atiqah siap pesan 2 bungkus lagi untuk bawak pulang.
Shopping kat Billion lupa nak snapping. Hehe.. Kesian Abi terpaksa layan je kerenah puteri-puteri yang banyak songeh ni :P Kitaorang ada jugak beli stokin wudhu' tu, senang sikit Amirah duduk asrama nanti.

Source : Wanmus

Comel tak? Hee, pengepit rambut dan jam classic ♥

Love this bag much !
Dalam perjalanan balik, Abi singgah kejap kat sekolah lama Along kat Bachok. Memang banyak sangat perubahan sekolah tu sekarang dengan yang dulu.

Signboard sebelah jalan masuk sekolah.
Perjalanan pulang kitaorang diteruskan dan diserikan dengan CD ceramah Ustaz Azhar Idrus. Tak kering gusi kitaorang bila dengar ceramah dia. Haha, bangga kejap Ustaz Azhar orang ganu :')
Dekat-dekat nak sampai, Abi singgah restoran kejap, nak makan tengahari. Restoran ni famous dengan nasi Arab diaorang. Boleh tahan jugak cuma tak tahu kenapa Amirah tak habis. Aisyah la penyelamat penghabis makanan ku. Haha..

Restoran Apa Tak Tahu Nama.

Nasi Arab ni panjang-panjang sebab bukan dari Malaysia.

Inilah dia penangan MasterChef Malaysia, nasi tak habis kitaorang hias.
Malam tu, Ummi Abi pergi airport nak jemput ibu saudara dan datuk Amirah yang bercuti di KL. Ibu saudara Amirah beli coklat Choc O' Time dan coklat Daim. Suka sangat coklat ni. Terima kasih Mak Teh !
Sayang nak bukak, tak makan-makan lagi sampai pagi ni.

Makan malam di rumah. Kembali seperti biasa..
THE END :')
Labels: Keluarga Tercinta, Pengalamanku, Percutian





