Sambutan Hari Lahir Ki 2011
Dec 9, 2011 | 3 comments
Assalamualaikum

8 Disember 2011

Lepas solat Maghrib, Ki terus masuk bilik untuk berehat. Lutut Ki masih lagi sakit sejak beberapa hari yang lalu. Kerusi urut yang Ummi Abi beli entah bila sampai agaknya. Kesian Ki, kitorang sedih sangat tengok Ki sakit-sakit macam ni.

Sementara itu, kitorang satu family bersama dua orang sepupu Amirah yang turut datang untuk bermalam di sini sibuk membahagi-bahagikan hadiah untuk diberikan kepada Ki nanti.

"Assalamualaikum Ki ! Selamat hari lahir !"

Ki terjaga, terkejut bukan main tengok kitorang dah berkumpul sekeliling katil.

Atiqah dan Afifah (sepupu) memberikan sebakul buah-buahan kepada Ki.

Aisyah memberikan tuttuttut kepada Ki.

Amirah dan Ainun (sepupu) memberikan beg berisi tuttuttut kepada Ki.

Hadiah hari lahir Ki. Bantal Angry Birds pun ada, hehe..

Bersama Ki yang teramat tersangat kami sayang ♥


Lepas solat Isyak pula, Ummi adakan Pertandingan Kotak Misteri untuk kitorang.

Ummi sebagai juri, Ki sebagai penyeri.

Abi pula sebagai . . . ?

"Izzah hebat !" (Ainun Izzati + Amirah Zahidah)

"Mawaddah boleh !"

Juara Pertandingan Kotak Misteri jatuh kepada kumpulan Izzah dengan mengumpul sebanyak 80 markah !

Manakala kumpulan Mawaddah pula berjaya mengumpul sebanyak 67 markah !

Kami dapat bantal, buku nota, pensil tekan, pemadam dan keychain Angry Birds. Weehoo~!

Labels: ,


NEW
OLD