Kedermawanan Imam Syafi'i
Dec 2, 2011 | 1 comments


Assalamualaikum


Muhammad bin Idris As-Syafi'i dikenali ramai sebagai Imam Syafi'i. Kepakaran beliau dalam ilmu agama dan selok-beloknya telah menjadikan kaum Muslimin di pelbagai negara mengikuti pemahaman dan pendapatnya tentang agama.

Sehingga beliau sendiri adalah imam kepada mazhab Syafi'i. Kepakaran dan kecerdasan Imam Syafi'i telah diketahui dan diiktiraf oleh orang ramai. Tapi jarang sekali yang mengetahui bahawa Imam Syafi'i sebenarnya adalah seorang yang sangat dermawan.


Semasa remaja, beliau menuntut ilmu di Madinah di bawah asuhan Imam Malik. Di situlah beliau mendalami ilmu hadis dan al-Quran. Kemudian beliau berangkat ke Baghdad untuk menambah ilmu. Tetapi di sana beliau dijadikan sebagai rujukan oleh para ulama.

Setelah bertahun-tahun merantau dan memegang beberapa jawatan penting, Imam Syafi'i berhasrat untuk kembali ke tanah suci Mekah. Beliau pun berangkat dengan membawa banyak wang yang diperolehnya daripada karya-karyanya selama ini.


Sebelum memasuki kota Mekah, Imam Syafi'i berhenti sebentar di luar kota Mekah dan mendirikan khemahnya di sana. Tiba-tiba para pengemis dan orang miskin datang mengerumuni khemahnya. Mereka berpusu-pusu mendatangi Imam Syafi'i untuk meminta sedekah.

Maka Imam Syafi'i pun membahagi-bahagikan semua wang yang ada padanya. Dalam sekelip mata sahaja habislah seluruh wang emas dan perak yang ada padanya, sehingga dia terpaksa memasuki kota Mekah dengan poket kosong sebagaimana beliau memasukinya semasa kecil dahulu. Tetapi beliau berasa bahagia kerana telah dapat menggembirakan hati orang ramai.


Pernah pada suatu ketika, Imam Syafi'i memegang jawatan penting sebagai penasihat gabenor Yaman. Setelah berkhidmat beberapa tahun, beliau mendapat bayaran sebanyak 10 000 dinar emas. Beliau membawa wang tersebut bersamanya dan berehat sejenak menghilangkan penat di bawah sebatang pokok.

Tiba-tiba sekumpulan orang miskin datang meminta sedekah kepadanya. Maka Imam Syafi'i pun memberikan wang sehingga mereka beredar. Tetapi tidak lama setelah itu, datang pula sekumpulan fakir miskin yang lain. Tanpa menunggu mereka meminta, Imam Syafi'i telah membahagi-bahagikan wang kepada mereka. Begitulah seterusnya fakir miskin telah datang silih berganti sehingga habislah semua wang yang ada pada Imam Syafi'i.


Sifat kedermawanan telah menjadi sebati dengan jiwa Imam Syafi'i. Beliau berpendapat harta yang diinfakkan di jalan Allah itulah harta yang kekal. Adapun harta yang dihabiskan untuk urusan keduniaan itulah harta yang fana.

Pada suatu hari semasa beliau berjalan-jalan dengan seorang muridnya, seorang suruhan telah berlari-lari datang menemuinya. Dalam keadaan demikian, dia berkata kepada Imam Syafi'i.
Belum sempat Imam Syafi'i memeriksa isi uncang itu, seorang yang miskin dari bandar Fustat datang menemuinya dengan muka yang risau dan sedih lalu berkata kepada Imam Syafi'i.
Jawab Imam Syafi'i sambil memberikan uncang wang yang baru sahaja diterimanya. Orang itu pun pergi dengan hati yang gembira.

Kita sentiasa mengaku bermazhab Syafi'i, solat mengikut mazhab Syafi'i, beribadah mengikut Imam Syafi'i dan lain-lain. Tapi jarang sekali antara kita yang mengikuti jejak langkah Imam Syafi'i dalam menderma. Seandainya kita mengikut jejak langkah Imam Syafi'i secara keseluruhan dan tidak memilih-milih, barulah kita layak menamakan diri sebagai pengikut Imam Syafi'i yang sejati.

Labels: ,


NEW
OLD