'Esok' Yang Telah Tiba
Dec 29, 2011 | 17 comments
Assalamualaikum
Satu pagi selepas solat Subuh . . .

Amirah : Ummi, malaslah nak check Imtiaz. Mesti tak ada lagi :\
Ummi : Kakak check pukul 10 nanti. Tak keluar lagi kot sekarang.
Abi : Ummi ! Result Imtiaz dah keluar lah!
Ummi : Hah? Yeke? Kakak! Cepat cepat! Pergi bukak laptop check Imtiaz!!
Amirah : *Bajet cool even jantung dah nak luruh*


Alkisahnya si budak tak tahan sabar ni, tunggu punya tunggu result Imtiaz tak keluar-keluar dari 25 Disember hari tu. Ummi telefon Imtiaz, dia kata esok (26.12) atau lusa (27.12). Keesokan hari, check tak ada. Lusa, check tak ada. Tulat (28.12), tak ada lagi. Ummi telefon sekali lagi, dia kata esok (29.12). Fed up sangat, Amirah kata kat Ummi, "Lepas esok, esok lagi. Tak masuk sekolah jawabnya Amirah tahun depan."

Tapi hari ni (29.12) adalah 'esok' yang dimaksudkan. Ummi paling semangat, terus duduk sebelah Amirah. Lepas masukkan nombor IC, semua senyap. DAAANNN . . .

Yang berhighlight kuning adalah tulisan pertama yang kitaorang nampak.

Ummi terus peluk Amirah, gembira tak terkata. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.. Amirah rasa nak menangis pun ada :') Tapi selepas tu baru kitaorang perasan Amirah ditempatkan di SM Imtiaz Kemaman. Sekolah ni baru buat tahun 2011, kalau Amirah masuk sini kiranya Amirah batch ke-2 lah. Tapi Ummi Abi tak tahu lagi nak tukarkan Amirah ke SM Imtiaz KT ke tak, kena buat solat sunat Istikharah.

P/S : Alhamdulillah syukur :'D Moga-moga sekolah ini adalah sekolah yang terbaik buat Amirah mencapai impian Ummi dan Abi untuk melihat anak-anaknya menjadi Hafiz dan Hafizah. Amin..

Labels: ,


NEW
OLD