Uniknya 11.11.11 !
Nov 11, 2011 | 1 comments
Assalamualaikum


Ada apa dengan 11.11.11 ni? Tu tarikh hari ni la. Unik kan? Dah ramai Amirah tengok bloggers lain post pasal ni. Amirah pun nak buat jugak la. #Mengada betul. Actually Amirah tulis ni guna phone, Angah tengah guna PC. Tak habis-2 dengan Facebook & game BOOMZ dia tu. Nak tau apa ayat dia untuk pancing Amirah tak guna PC tu?

"Takpe, nanti kalau Amirah dapat 5A, Amirah mainlah puas-2 guna laptop Amirah tu.."
"Oh, pandai Angah pujuk Amirah ya," I just like this > -,-'

Nevermind. Amirah dah buat perjanjian Hudaibiyah dengan Angah ; Pagi esok Amirah boleh main komputer puas-2. Wehoo~! Hoho.. Btw, thank you so much kepada akak-2 yang wish kejayaan Amirah dalam UPSR. Dengar-dengar, 17 Nov result keluar kan? Harap sangat 5A dalam genggaman. Amin Ya Rabbal Alamin :')

Ada Apa Dengan 11.11.11?

Ianya adalah 11 Nov 2011,bersamaan dengan 15 Dzulhijjah 1432 dan jatuh pada hari Jumaat. Jadi, banyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW dan membaca Surah Al-Kahfi.

Ustaz Azhar Idrus (Original) : Tanpa iktikad apa-apa kelebihan pada tarikh tersebut tidak dosa tapi bodoh.

Ustaz Sham Kamikaze : Tiada apa-apa keistimewaan pada tarikh 11.11.11. Aqidah Islam bukan terletak pada nombor. Berhati-hatilah dan jangan terpengaruh dengan hal sebegini. Jangan meletakkan sesuatu yang tidak bermakna sehingga merosakkan aqidah, na'uzubillah.

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil : 11/11/11 tidak sepatutnya mempunyai sebarang makna kepada manusia yang aqidah, pandangan hidup dan sistem nilainya adalah Islam.

11.11.11 hanyalah tarikh kitaran hari, bulan dan tahun. Yang hidup teruskan perjuangan mencari redha Allah, yang mati Allah sahaja yang tahu.

Credits : Miracles Muslimah

Labels: ,


NEW
OLD