Maafkan Saya, Cikgu :'(
Jul 30, 2011 | 4 comments
Photobucket

Cikgu tak puas hati dengan keputusan Percubaan UPSR hari tu sebab kebanyakan pelajar markah mereka menurun. Lebih-lebih lagi subjek Sains.

"Keseluruhan markah pelajar semuanya jatuh!"

"Tapi, cikgu paling kecewa dengan Amirah. Markah soalan objektif dia, 24/30!"

"Mood cikgu yang pada asalnya baik tiba-2 berubah bila cikgu tanda kertas jawapan Amirah. Soalan no. 1 pun boleh salah!"

Amirah hanya mampu menunduk. Airmata yang bertakung Amirah tahan supaya tidak tumpah. Mata yang hampir merah Amirah pejamkan. Memang tak dapat nak gambarkan perasaan malu dengan kawan-2 saat tu. Apakan daya, semuanya memang salah Amirah. Dari 98% turun ke 88%. Guru mana yang tak bengang?

Sampai di asrama, Amirah terus masuk bilik. Perasaan sedih, geram dan seumpanya bercampur-aduk menjadi satu dan menghasilkan air jernih yang membasahi seluruh wajah. Amirah lepaskan segala perasaan Amirah yang tak dapat digambarkan dengan kata-2 melalui air jernih itu.

"Amirah janganlah nangis. Jadikan kata-2 cikgu tadi cabaran buat Amirah supaya lebih berusaha lagi."

"Cikgu kata macam tu bukan sebab cikgu benci Amirah. Cikgu sayang Amirah. Cikgu tak nak Amirah gagal."

Thanks a lot, Alya. Awak bangkitkan semangat saya semula :')
To my teachers : Amirah minta maaf banyak-2. Memang silap Amirah, keputusan Amirah jatuh. Amirah tak boleh nak tuduh-2 budak lelaki jugak. Bukan diorang yang jawab kertas periksa Amirah. Tapi, Amirah akan berusaha untuk tingkatkan lagi markah dalam Peperiksaan Tambah Nilai akan datang. Amirah tak nak layan dah budak lelaki yang suka sangat bermain dengan cinta monyet diorang yang tak kemana tu. Terima kasih cikgu sebab telah sedarkan Amirah. Mungkin Amirah masih di takuk yang lama sekarang ni sekiranya cikgu tak buat macam tu. Terima kasih, cikgu :']

Labels: ,


NEW
OLD