Results OTI2
Jun 17, 2011 | 0 comments
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Weehoo~ Bangga weyh, Terengganu menang Piala FA hari tu. Okey, Amirah tau perlawanan tu dah lama tamat. Habis nak buat macam mana, tak sempat nak post sebab duk asrama. So, minggu ni Terengganu dapat cuti tiga hari (Jumaat, Sabtu, Ahad). Yeyeyey! *Very3 big grin*

Nak dijadikan cerita, semalam Amirah baru dapat result OTI2. Alhamdulillah, dapat no. 1 lagi tapi tak dapat 5A, Matematik dapat B. Anisah pulak dapat no. 2 (5A) dan Alya no. 3 (4A 1B).

Ummi Abi suruh Amirah buat banyak latihan past year untuk subjek Matematik ni. Score A banyak membantu Amirah, meh la daftar sekali ;) Nak tengok result Math Amirah dalam Score A? Hebat betul. Patutlah dapat B.

RESULTS OTI 2

BM Pemahaman - 90%

BM Penulisan - 88%

Bahasa Inggeris - 94%

Mathematics - 74% UPDATED! 78%

Science - 90%

Kemahiran Hidup - 65%

Kajian Tempatan - 88%

Teknologi Maklumat dan Komunikasi - Tak ingat UPDATED! 98%

Bahasa Arab - 97%

Fardhu Ain - 100%

Quran - 40/40 (Bertulis)

Hafazan - 29/30
Hee, jangan pelik tengok subjek ni tau. Amirah sekolah swasta jadi lainlah sikit subjek berbanding sekolah kebangsaan.

Amirah harap sangat-2 dapat tingkatkan lagi markah Matematik ni sebab . . .
Julai : Pra-Percubaan UPSR

Ogos : Percubaan UPSR

September : Tambah Nilai & UPSR
Sebab tu lah Amirah berdebar sangat ni. Tolong doakan Amirah ye! Sia-sia je Ummi Abi bayar yuran asrama dan sekolah Amirah kalau Amirah tak dapat 5A. Hukhuk T.T
Photobucket

Labels:


NEW
OLD