Melawat Sepupu di Asrama
Feb 4, 2011 | 0 comments
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bulan Januari lepas, Amirah dan keluarga pergi melawat sepupu Amirah, Ainun di SMA Kampung Laut. Sekolah ni sekolah berasrama penuh. Ibu saudara & datuk Amirah pun ikut sekali, dan tak lupa juga keluarga Ainun yang baru melangkah ke Tingkatan 1 tu.

Minggu seterusnya, Amirah dan keluarga pergi ke SESMA (Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud) untuk melawat sepupu Amirah, Maryam yang sebaya jugak macam Ainun. SESMA ni sebenarnya sekolah Ummi masa zaman remaja dulu. Ummi sempat lagi cerita kenangan-kenangan semasa belajar kat sini sementara tunggu sepupu Amirah tu datang.


Ummi Abi ajak Maryam bertandang ke rumah memandangkan pelajar dibenarkan keluar hari tu. Lepas tu, kitorang pergi tengok baby kawan Ummi & Abi pulak.

►Maryam◄
Dah besar panjang sepupu-sepupu Amirah ni, hihi.. Tahun depan giliran Amirah pulak tinggal di asrama I don't want to see

Labels:


NEW
OLD