Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak! Bulan Ramadhan Al-Mubarak ialah bulan yang penuh dengan segala keberkatan, limpahan rahmat dan keampunan dari Allah Taala. Tidak hairanlah apabila hampir tibanya bulan Ramadhan, Rasulullah S.A.W. dan sahabat-sahabat baginda begitu gembira serta tidak sabar menantikan kedatangannya pada setiap tahun.
Kawan-kawan gembira tak? Masa Amirah kecil-kecil dulu, Amirah memang tak seronok bila tibanya bulan Ramadhan sebab kena puasa. Perkataan lapar dan dahaga selalu aja keluar dari mulut Amirah. Tapi sekarang, baru Amirah tahu bulan Ramadhan ni banyak sangat keistimewaan dan kelebihannya. Diantaranya ialah :
PINTU SYURGA DIBUKA & PINTU NERAKA DITUTUP
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Apabila datangnya Ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan."
(Riwayat Bukhari dan Muslim) HANYA ORANG YANG BERPUASA DAPAT MEMASUKI PINTU SYURGA AR-RAYYAN Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang-orang selain mereka tidak dibenarkan."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
MALAM LAILATUL QADAR
Firman Allah Taala yang bermaksud : "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
(Surah Al-Qadr : Ayat 1 hingga 5) Cukup setakat tu, nanti sakit jari Amirah menaip lama sangat. Sebelum tu, ada satu lagi Amirah nak beritahu kawan-kawan :
PERINGATAN DAN NASIHAT SEPANJANG RAMADHAN
1) Hendaklah menjaga mata daripada memandang perkara-perkara yang dicela oleh agama yang mana akan melalaikan hati serta jauh dari mengingati Allah Taala.
2) Hendaklah memelihara lidah dari berbohong, bercakap dusta, bermusuh-musuhan dan membangga-bangga diri.
3) Hendaklah menjaga telinga daripada mendengar perkara-perkara yang tidak baik dan haram kerana Allah Taala menyamakan mendengar perkara yang haram seperti memakan makanan haram.
4) Menghindarkan anggota badan yang lain daripada berbuat dosa dan perkara-perkara yang dilarang.
5) Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka.
6) Hendaklah hati kita merasa goncang antara harap dan cemas setelah selesai berbuka sebab kita tidak tahu apakah puasa kita itu diterima oleh Allah atau ditolak.

★ In short, I am :
• A malay muslim.
• Lives in Terengganu, studies in Selangor.
★ Bloggie :
• Created since 24 November 2009, five days after celebrating my 10th birthday.
• Created by Ummi because I was interested in blogging when I saw she's updating her blog.
• Sesuci Kejora has been here for almost 11 years. Big applause :')