Halaman Rumah Amirah
Jun 13, 2010 | 0 comments
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Petang tadi Wan dan Ki bertandang ke rumah Amirah. Tapi, Ummi & Abi belum balik kerja lagi. Amirah dan adik-adik tunggu Ummi & Abi kat kolam ikan yang baru aja siap. Tapi pokok-pokok sekelilingnya belum disusun lagi. Selepas Ummi & Abi sampai, Ummi pun apa lagi, snap teruslah gambar kitorang. Hik, hik, hik.

Ummi kalau boleh pegang kamera mesti nak tangkap gambar banyak-banyak. Hehe.. Jangan marah, Ummi.. Jadi, terpaksalah Amirah posing banyak-banyak hari ni walaupun kat rumah sendiri.


Ada apa-apa pelik tak dalam gambar ni? Haa.. Amirah asyik berdiri sebelah Atiqah aja, kan? Sebenarnya Amirah dan Aisyah bergaduh masa ni, hehheh... Amirah acah-acah je, nak gurau dengan dia. Tapi tak sangka dia tiba-tiba merajuk pulak. Huh, geram betul dengan cek mek seorang ni! Tak habis-habis dengan hobi merajuk dia tu! Okeylah, tak nak cakap pasal tu. Nanti semakin bertambahlah hobi dia nak merajuk.. Wassalam.

Labels:


NEW
OLD