Program Muhasabah Diri
May 7, 2010 | 0 comments
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hari tu, sekolah Amirah jemput seorang penceramah. Amirah panggil dia Ayah Wa, nama sebenarnya ialah Mohamad bin Ibrahim. Menurut Ayah Wa, dia digelar 'Ayah Wa' kerana dia adalah anak yang paling tua dalam adik-beradiknya.

Ayah Wa kata ada tiga golongan syaitan yang sering mengganggu kita tidak kira semasa belajar, mendengar ceramah dan sebagainya iaitu :

1) Syaitan Tongkat
2) Syaitan Gincu
3) Syaitan Celak

Kawan-kawan semua mesti dah tahu apa tugas syaitan-syaitan ni kan? Lepas tu, Ayah Wa tunjukkan gambaran semasa Yaumul Kiamah. Tapi, itu hanya gambaran. Kalau kiamat yang betul-betul lagi dahsyat daripada gambaran ni!!



Hampir semua pelajar menangis semasa Ayah Wa menayangkan video ini. Kita semua akan terpisah daripada orang-orang yang kita sayangi pada saat ini. Ummi, Ibu, Mak, Mama, Abi, Walid, Papa, Ayah. Kita semua tidak akan terlepas daripada menghadapi hari muka ini.

Kemudian, Ayah Wa beritahu kita akan diterkam serta dimakan oleh seekor ular yang garang dan bengis bernama Abu Syujak Al-Kubra di dalam kubur nanti sekiranya meninggalkan solat dan menderhaka kepada kedua orang tua kita. Kubur kita juga akan menjadi sempit sehingga kedua-dua belah tulang rusuk bersilang jika tidak mendengar nasihat ibu bapa kita.

So, pakat-pakatlah jadi anak yang soleh dan solehah, ya..

Labels:


NEW
OLD