Rumahku Syurgaku
Mar 5, 2010 | 0 comments
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Semenjak bibik tak ada, Amirah cuma bermalam kat rumah baru Amirah hari Jumaat. Balik kat Klinik Ummi pula pagi Sabtu sebab hari Jumaat Ummi cuti kerja. Hari Sabtu Ummi sambung kerja semula. Kali ni, Amirah just nak tunjukkan gambar bilik keluarga Amirah. Buat pengetahuan kawan-kawan, Amirah dah lama nak bilik sendiri.

Dulu bilik Amirah kena kongsi dengan bibik, Atiqah dan Aisyah. Sekarang kena kongsi dengan Aisyah seorang je. Dari tingkap bilik tu boleh nampak sawah padi. Bestnya! Macam duduk kat kampung pulak rasanya. Mula-mula Along mintak nak bilik tu, tapi Amirah tak bagi sebab Amirah yang cop dulu. Maaflah, Along. Tapi Alongkan jarang ada kat rumah. Tak apalah tak dapat bilik yang nampak sawah padi pun, kan? Hehe.. Bilik Along pun cantik juga. Warna favourite Amirah lagi tu..!

Bilik Along dan Angah.

Bilik Idamanku..!

Bilik Atiqah dan bibik.

Bilik raja dan permaisuri yang baru bernikah. Padahal dah 17 tahun bernikah.

Dining room. Meja makan baru beli..

Family room. Semua perabot kat ruang keluarga ni pun baru beli.

Rumahku Oh Syurgaku. Hehe.. Tak sempat nak tutup but kereta.

Labels:


NEW
OLD