Tidur, mati atau baiki kereta?
Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhPetang tadi Amirah dan keluarga pergi keluar jalan-jalan. Abi bawa kitorang makan kat Nasi Lemak Kak Dah Corner. Kedai makan tu terletak kat Dataran Shahbandar.
Lepas makan kitorang pergi tengok kuala sungai yang ada tak jauh dari kedai makan tu. Best sangat masa tu..! Tak sempat nak nikmati keindahan dan kesegaran udara di kuala sungai tu sepuas-puasnya, hari dah masuk senja. Jadi masa untuk baliklah pula.
Dalam perjalanan menuju ke tempat letak kereta, Amirah ternampak seekor kucing sedang terkangkang di bawah sebuah kereta. Amirah ingatkan kucing tu nak 'baiki kereta'. Selepas tu, Abi kata kucing tu dah mati. Amirah terus kecut perut. Tapi, Aisyah pulak kata kucing tu tengah tidur. Abi pun ketawa terkekek-kekek. Rupa-rupanya memang kucing tu tengah tidur. Ummi pun ingat kucing tu sedang 'baiki kereta'.
Kitorang apalagi.. Ketawa terbahak-bahaklah. Sampai nak pecah perut. "Kalau ada Angah, mesti Angah ketawa tak berhenti-henti," kata Ummi selepas masuk dalam kereta Iswara yang Abi beli daripada datuk Amirah, Ki.
Labels: Pengalamanku

Profile
The Girl Behind The Laptop
★ In short, I am :
• A malay muslim.
• Lives in Terengganu, studies in Selangor.
★ Bloggie :
• Created since 24 November 2009, five days after celebrating my 10th birthday.
• Created by
Ummi because I was interested in blogging when I saw she's updating her blog.
• Sesuci Kejora has been here for almost 11 years. Big applause :')